Malay

Aturcara Program Dwimingguan Bahasa Ibunda (Bahasa Melayu)

Selamat sejahtera para pelajar arif budiman,

Semua pelajar dikehendaki mengikuti semua program yang disediakan.  Sila berbincang dengan guru Bahasa Melayu jika ada kamu mempunyai tuntutan CCA yang tidak boleh dielakkan.


1.  Online Quiz
- Guru Bahasa Melayu akan meluangkan sedikit masa untuk memberitahu maklumat lanjut tentang kuiz ini.
- Setiap pelajar digalakkan untuk menyertai kuiz ini.
- Tarikh penyertaan daripada 4 Februari hingga 12 Februari.



2.  Pesta Budaya
- Pelajar Menengah 1 & 2 dikehendaki melaporkan diri pada pukul 2.50 petang manakala pelajar Menengah 3 & 4 dikehendaki melaporkan diri pada pukul 3.30 petang di Bilik Seminar.
- Kuiz Teka Lagu akan dijalankan untuk peringkat menengah rendah.

- Guru akan memberikan penerangan ringkas untuk acara Pesta Budaya.
- Setiap pelajar perlu bekerja dalam kumpulan yang telah dirancangkan.



3.  Iklan
- Guru akan membincangkan aspek-aspek dalam iklan sewaktu kelas Bahasa Melayu.
- Aktiviti ini ialah aktiviti pengenalan pada Bengkel Deejay yang akan diadakan pada 13 Febuari.



4.  Learning Journey
- Aktiviti Bicara Buku (Booktalk) berdasarkan buku yang dipilih.
- Para pelajar berpeluang mereka cerita pendek dan membuat perkongsian ringkas.
- Objektif :
a.  meningkatkan kesedaran pada bidang kesusasteraan tempatan
b.  meningkatkan kemahiran berbahasa terutama dalam pencetusan idea.

5.  Deejay Workshop
- Aktiviti berkonsepkan Komunikasi.

- Objektif :
a. mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penyiaran termasuk menyiapkan iklan radio, menjalankan temuramah di radio serta menyampaikan berita di radio.
b. mengukuhkan keyakinan para pelajar dalam aspek komunikasi melalui kepelbagaian aktiviti.





Semoga kita meraih pengetahuan & pengalaman baru, bersama-sama.



Salam sayang,
Cikgu Azizah & Cikgu Arfah




No comments:

Post a Comment